Wednesday, June 2, 2010

Selamat Bercuti


(En. Ghazali , PP Unit Koku bersama peserta Kursus Kawat Kaki SMK Munshi Abdullah)




Taklimat pengurusan Koku oleh En. Husin Chek (KU Koku)





Saya mengucapkan selamat bercuti bagi seluruh warga pendidik negeri Melaka pada minggu hadapan. Namun bagi mereka yang bertugas dalam kejohanan MSSM dan SUKMA laksanakanlah tugas dengan penuh tanggungjawab dan dedikasi.

Kepada teman-teman yang dinaikkan pangkat ke GPK HEM (Pn. Fauziah, KOKU SMK Tun Tijah ) tahniah....

Tuesday, April 27, 2010

Mesyuarat AJK MAFAKO Kali ke-dua




Satu mesyuarat Jawatankuasa Mafako, Negeri Melaka telah berlangsung di SMK Munshi Abdullah petang tadi . Kehadiran AJK MAFAKO amat membanggakan. Mesyuarat pada kali ini telah membincangkan beberapa perkara yang berkaitan dengan pengurusan hal ehwal kokurikulum antaranya :-

1. Penyediaan perlembagaan MAFAKO
2. Pengesahan baju korporat MAFAKO
3. Penyediaan isu-isu berkaitan untuk dibawa ke perjumpaan dengan Pengarah
4. Penyediaan Fail Meja
5. Taklimat Penggunaan Aplikasi Excel Penilaian Koku oleh En. Hashim Aboo Bakar

Kepada semua yang hadir, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas komitmen dan kesungguhan yang ditunjukkan.

Terima kasih..

Friday, April 23, 2010

Informasi MAFAKO

Salam bahagia. Untuk makluman semua AJK MAFAKO, mesyuarat AJK dicadangkan pada 27 April, 2010 (Selasa) jam 3.00 ptg di SMK Munshi Abdullah. Surat akan menyusul dari Unit Koku, JPM.

Kepada teman2 yang telah menjadi pengelola kepada aktiviti koku & sukan, syabas dan tahniah @ Bola Baling, Hoki, Bola Keranjang.

Sunday, April 11, 2010

Jom meriahkan Sukan Malaysia ke XIII



















Tahniah kepada sekolah2 yang terlibat dengan penganjuran Sukan Malaysia ke XIII . SMK Munshi Abdullah menjadi lokasi penginapan kepada pasukan Bola Jaring, Kumpulan Pasukan Sorak kepada Kontingen Johor dan Bapa Angkat kepada pertandingan Judo, Lawan Pedang dan Kabaddi

Saturday, April 10, 2010

Salam Pengenalan

Asalamualaikum wmw dan salam 1 Malaysia. Ucapan terima kasih dan penghargaan atas kepercayaan AJK Penaja dan Unit Kokurikulum, Jabatan Pelajaran Melaka atas kepercayaan kepada saya untuk menerajui Majlis Permuafakatan GPK Kokurikulum , Negeri Melaka (MAFAKO). Berkat kerjasama AJK yang dilantik , marilah sama-sama kita mengerakkan Majlis ini agar ianya memberi manfaat kepada semua khususnya GPK Koku seluruh negeri Melaka.

Mesyuarat pada Khamis lepas (8 April, 2010) di JPM, Bukit Baru telah mendapat mandat baru untuk menjalankan aktiviti-aktiviti untuk kebaikan bersama.
Antara program yang dirancang dalam masa terdekat adalah :-
a. Semakan / penyediaan perlembagaan
b. Menyeragamkan baju korporat untuk semua GPK KOKU
c. Pertemuan dengan Pengarah JPM (kunjungan hormat)
d. Taklimat penilaian markah koku (10%) - akan diadakan di SMK Munshi Abdullah pada 22 April, 2010.

Kepada AJK yang dilantik, marilah sama-sama kita berganding bahu bagi memantapkan fungsi dan peranan MAFAKO..

Senarai Nama AJK MAFAKO 2010

Pengerusi - En. Mohd Yusri Seman (SMK Munshi Abdullah)
Naib Pengerusi - En. Ramlan Hassan (SMK Kg. Gelam)
Setiausaha - Pn. Fauziah Mamat (SMK Tun Tijah)
Bendahari - Pn. Cheong Lee Chin (SMK St. Francis)
AJK:
1. Pn. Paridah bte Omar - SMK Malim
2. Tn. Hj. Sazali Ab. Rahman - SMK Tun Perak
3. Pn. Safurah bte Dato Othman - SMKA Darul Falah
4. Pn. Rosni bte Daud - SMK Ade Putra
5. En. Hosnaini Ahmad - SMK Datuk Abdul Rahman Yaakub
6. En. Zulkifli Salleh - SMK Telok Mas
7. En. Zainal Abidin Joned - SMK Durian Tunggal
8. Pn. Sarina bte Mat Saman - SMK Selandar
9. En. Bong Jun Wat - SMK Yok Bin
10. En. Roslan Ismail - SMK Simpang Bekoh
11. En. Krishenan Gengan - SMT Jasin

Salam hormat...
Mohd Yusri Seman
Pengerusi MAFAKO