Asalamualaikum wmw dan salam 1 Malaysia. Ucapan terima kasih dan penghargaan atas kepercayaan AJK Penaja dan Unit Kokurikulum, Jabatan Pelajaran Melaka atas kepercayaan kepada saya untuk menerajui Majlis Permuafakatan GPK Kokurikulum , Negeri Melaka (MAFAKO). Berkat kerjasama AJK yang dilantik , marilah sama-sama kita mengerakkan Majlis ini agar ianya memberi manfaat kepada semua khususnya GPK Koku seluruh negeri Melaka.
Mesyuarat pada Khamis lepas (8 April, 2010) di JPM, Bukit Baru telah mendapat mandat baru untuk menjalankan aktiviti-aktiviti untuk kebaikan bersama.
Antara program yang dirancang dalam masa terdekat adalah :-
a. Semakan / penyediaan perlembagaan
b. Menyeragamkan baju korporat untuk semua GPK KOKU
c. Pertemuan dengan Pengarah JPM (kunjungan hormat)
d. Taklimat penilaian markah koku (10%) - akan diadakan di SMK Munshi Abdullah pada 22 April, 2010.
Kepada AJK yang dilantik, marilah sama-sama kita berganding bahu bagi memantapkan fungsi dan peranan MAFAKO..
Senarai Nama AJK MAFAKO 2010
Pengerusi - En. Mohd Yusri Seman (SMK Munshi Abdullah)
Naib Pengerusi - En. Ramlan Hassan (SMK Kg. Gelam)
Setiausaha - Pn. Fauziah Mamat (SMK Tun Tijah)
Bendahari - Pn. Cheong Lee Chin (SMK St. Francis)
AJK:
1. Pn. Paridah bte Omar - SMK Malim
2. Tn. Hj. Sazali Ab. Rahman - SMK Tun Perak
3. Pn. Safurah bte Dato Othman - SMKA Darul Falah
4. Pn. Rosni bte Daud - SMK Ade Putra
5. En. Hosnaini Ahmad - SMK Datuk Abdul Rahman Yaakub
6. En. Zulkifli Salleh - SMK Telok Mas
7. En. Zainal Abidin Joned - SMK Durian Tunggal
8. Pn. Sarina bte Mat Saman - SMK Selandar
9. En. Bong Jun Wat - SMK Yok Bin
10. En. Roslan Ismail - SMK Simpang Bekoh
11. En. Krishenan Gengan - SMT Jasin
Salam hormat...
Mohd Yusri Seman
Pengerusi MAFAKO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment